Dr. Myron Wentz, pakar immunologi dan mikrobiologi ternama adalah seorang saintis di dalam bidang mendiagnosis penyakit berjangkit yang disebabkan oleh virus. Beliau telah menubuhkan makmalnya sendiri yang berjaya menghasilkan produk untuk mendiagnosis jangkitan virus Epstein-Barr. Dr Wentz tidak berhenti hanya setakat itu. Dari hanya mendiagnosis penyakit, beliau telah mengubah haluan kepada menfokuskan pengetahuan dan kepakaran beliau ke bidang meningkatkan kesihatan melalui pemakanan sel. Selepas menyaksikan ramai orang-orang yang beliau kasihi menderita sakit, beliau berazam untuk mempromosikan kesihatan yang optima keseluruh dunia.
"Manusia kini hidup terlalu singkat dan menderita terlalu lama disebabkan oleh penyakit kemerosotan sel. Pemakanan yang sempurna adalah cara terbaik untuk memastikan kita dapat menjalani kehidupan paling sihat. Apabila saintis kita menganalisa beberapa produk pemakanan yang terbaik di pasaran, kita menyedari bahawa produk-produk ini tidak mampu memelihara sel dengan sihat di dalam makmal. Jadi bagaimanakah produk-produk ini mampu memelihara kesihatan diri saya? Saya tahu bahawa saya perlu mencipta produk zat pemakanan yang dapat membekalkan spektra lengkap zat pemakanan asas dan antioksida untuk membolehkan kesihatan sel yang optima. Di situlah tercetusnya idea penubuhan Usana Health Sciences." - Dr. Myron Wentz.
USANA - Penokok Zat Yang Boleh Anda Percaya (Nutrionals You Can Trust )- Part 1 of 2
Adobe Flash Player not installed or older than 9.0.115!
Terjemahan Video
Anda telah membaca tajuk utama akhbar, anda telah mendengar berita-berita dan anda telah melihat perangkaan. Sekarang setelah anda mula mengambil berat tentang kesihatan anda, siapakah yang anda percaya tentang kesihatan. Anda memerlukan syarikat yang komited kepada perkembangan kajian yang berterusan dalam bidang zat pemakanan tercanggih. Anda perlu tahu samada apa yang ditulis pada label benar-benar wujud di dalam produk. Anda memerlukan syarikat pengilang zat pemakanan yang boleh diyakini.
Usana Headquarter, Salt Lake City, Utah.
Pada tahun 1992, Dr Wentz menubuhkan Usana Health Sciences dengan visi untuk mencipta penokok zat berkualiti tinggi di pasaran. Kualiti dan kemujaraban produk tersebut adalah yang terbaik berbanding dengan produk-produk pesaing yang lain. Permulaan yang menakjubkan ini telah menjadikan Dr Wentz seorang pakar pemakanan sel yang disegani di peringkat antarabangsa dan dianugerahi pelbagai anugerah berprestij termasuk anugerah Albert Einstein kerana kejayaannya yang luarbiasa di dalam bidang sains kehidupan.
Sejak awal lagi, Usana telah secara konsistan dikenali kerana misinya yang tak berbelah bahagi dalam mengeluarkan produk zat pemakanan bermutu paling tinggi berasaskan sains. Usana telah memeteraikan kerjasama erat dengan institusi-institusi penyelidikan terkemuka antarabangsa yang mempunyai misi mendalami pengetahuan di bidang penyakit kemerosotan sel dan kaedah pencegahannya. Satu daripada institusi yang terketengah di dalam bidang ini ialah Linus Pauling Institute. Misinya ialah menolong manusia di mana-mana jua mencapai kehidupan yang sihat dan produktif, penuh dengan kecergasan, kurang penderitaan, bebas dari penyakit barah dan penyakit-penyakit lain yang merencatkan dengan menggalakkan kesihatan optimum melalui vitamin dan garam galian asas.
Kerjasama yang terjalin di antara Linus Pauling Institute dan Usana akan meningkat dengan ketara misi penyelidikan Institut dan membolehkan ahli sains lebih memahami peranan yang dimainkan oleh antioksida, kimia phyto dan lain-lain zat makanan di dalam meningkatkan kesihatan manusia. Jadi kami berasa amat teruja dengan kerjasama di antara institut dan syarikat yang disanjung tinggi ini.
Usana juga telah terlibat secara meluas di dalam kajian perprofil tinggi dengan Institut Kajian disegani seperti Universiti Boston, Universiti Colorado dan Universiti Utah. Didalam bidang kajian tentang penokok zat tambahan dan pengilangan, Usana telah menetapkan piawaian untuk kecemerlangan.
Usana Laboratory
Produk-produk Usana telah menerima banyak anugerah serta paten ke atas beberapa proses-proses eksklusif dan rumusan-rumusan.Saintis Usana menerima dua paten di atas penemuan satu proses pengasingan Phenolic antioksida daripada buah zaitun dan penemuan bahan hasil sampingan dari minyak zaitun yang tidak terdapat di dalam alam ini. Pati minyak zaitun milik Usana ini memberikan faedah-faedah zat utama diet mediteranean tanpa lemak dan garam. Kebanyakan dari produk asas usana mengandungi minyak zaitun Olivol untuk memberikan kebaikan penuh bahan yang tinggi kadar serapan antioksidanya ini.
Usana juga telah menerima paten ke atas teknologi eksklusif pengawetan semulajadi yang digunakan di dalam produk Sains Kecantikan Sense, pemeliharaan kulit, dan penjagaan diri. Dr Regina Hamlin telah menjadi pakar kulit selama lebih 30 tahun. Beliau ialah ketua Pakar kulit di 4 buah hospital besar di California dan professor klinik perubatan di Universiti California San Francisco di Fresno.
"Saya amat galakkan pesakit saya untuk mengambil produk Sense. Ia menggunakan teknologi terbaru dalam industri kecantikan iaitu pengawetan semulajadi. Ianya dipatenkan dan eksklusif hanya pada produk Sense, dan melibatkan bunga-bungaan dan antioksida yang disokong oleh kristal cair yang mana kristal cair itu sendiri adalah pengawet. Pemprosesan dalam bilik bersih dan kaedah pembotolan yang tidak membenarkan tangan menyentuh produk adalah antara sebab mengapa saya amat menggalakkan pengambilannya." - Regina C. Hamlin, M.D.
Usana Health Sciences seringkali diiktiraf sebagai pengeluar produk yang berkualiti tinggi di dalam pasaran. Usana telah memecah rekod sebagai penerima medal Terbaik Negeri Utah untuk produk penokok zat selama 4 tahun. Pengiktirafan ini amat lebih bermakna kerana negeri Utah mempunyai lebih dari 100 pengeluar produk zat makanan. Pada tahun 2007, Usana juga menerima medal Terbaik Negeri Utah kategori produk penjagaan diri bagi produk penjagaan kulit Sense skincare.
Suplemen Usana Visionex telah dinilai dan diluluskan oleh Concumerlab.com, sebuah laman web terkemuka yang membekalkan keputusan ujian dan maklumat secara bebas. Matlamat laman web ini ialah membantu pengguna dan golongan profesional menilai produk-produk kesihatan dan zat pemakanan.
Baru-baru ini, sebuah buku bernama Panduan Perbandingan Penokok-Penokok Zat, yang mana telah menyemak dan menilai lebih dari 1600 produk zat pemakanan di Amerika dan Kanada telah menamakan Produk utama Usana iaitu Essentials dan Healthpack sebagai terbaik dari yang terbaik. Namun Usana bukanlah asing dengan pengiktirafan ini kerana pengiktirafan yang serupa juga telah diterima olehnya untuk edisi pertama, kedua dan ketiga buku tersebut.
Penulis, Lyle McWilliam, seorang ahli kajihayat kimia, pengajar dan bekas ahli parlimen Kanada menerbitkan buku Panduan Perbandingan untuk membantu pengguna membuat keputusan bermaklumat berasaskan sains mengenai penokok-penokok zat. Edisi terkini diterbitkan berasaskan cadangan-cadangan yang diterbitkan oleh 12 pakar-pakar yang diiktiraf dibidang zat pemakanan dan mengikut 18 kaedah-kaedah penilaian yang berbeza yang dipetik dari bahan-bahan terbitan sains.
“Saya telah menghabiskan masa bertahun-tahun menyiasat kesan penokok zat ke atas pencegahan penyakit dan kesihatan am. Buku Panduan perbandingan saya menunjukkan kenapa produk kesihatan terbaik Usana telah menetapkan satu piawaian baru untuk zat pemakanan cemerlang, dan kenapa Usana Health Sciences dinilai antara syarikat zat pemakanan terkemuka di dunia. Zat pemakanan Usana adalah zat pemakanan yang anda boleh percaya setiap masa." - Lyle McWilliam.
Dalam pengeluaran produknya yang berkualiti tinggi, Usana menetapkan piawaian cemerlang bagi pengilangan penokok zat makanan.
“Anda tahu bahawa Usana secara sukarela mengikut panduan Good Manufacturing Practices yang diwajibkan hanya kepada industri perubatan. Ini adalah panduan kualiti yang sama diguna pakai di dalam rekabentuk dan pengilangan ubat-ubat di kaunter dan preskripsi. Mungkin ada orang yang bertanya kenapa kami lakukan hal sedemikian. Kenapa kami melayan tuntutan keterlaluan terhadap kualiti? Ini adalah kerana Dr. Myron Wentz sedar bahawa setiap hal tentang penokok zat adalah penting kepada kesihatan seperti mana pentingnya ubat-ubatan di kaunter dan preskripsi. Oleh itu, ianya mesti direkabentuk dan dikilangkan menggunakan layanan yang sama terhadap kualiti." - Dr. Tim Wood.
NSF International, satu-satunya badan piawaian kebangsaan Amerika untuk program penokok pemakanan bukan sahaja mendaftarkan sijil GMP untuk Usana bahkan mengadakan ujian produk di dalam makmalnya yang mendapat akreditasi. Ujian dijalankan ke atas Essentials, Mega-Antioxidant, chelated minerals, Proflavanol 90 dan Healthpak 100. Ini untuk memastikan semua isi kandungan produk memenuhi syarat piawaian yang ditentukan oleh program Pensijilan NSF. Usana telah berjaya memenuhi semua syarat yang ditetapkan. Bersama dengan pensijilan produk, faciliti pengilangan Usana telah diberi sijil GMP. Bukan sahaja Usana telah memenuhi syarat ketat dalam pengilangan, bahkan Usana juga memberi jaminan kemujaraban produk-produknya. Usana menyemak setiap batch pengeluaran supaya apa yang kita baca pada label produk adalah apa yang kita terima dari produknya.
USANA - Penokok Zat Yang Boleh Anda Percaya (Nutrionals You Can Trust )- Part 2 of 2
Adobe Flash Player not installed or older than 9.0.115!
Terjemahan Video
Usana beitu yakin terhadap produk-produknya kerana ia diambil oleh sebahagian dari pengguna yang begitu cerewet. Penokok zat Usana selalu diuji di makmal-makmal pihak ketiga untuk memastikan ianya bebas dari sebarang pencemaran. Ini termasuklah dadah, bahan peransang, dan bahan-bahan terlarang. Apa-apa yang berkemungkinan boleh menjejaskan kerjaya atlit. Ramai atlit mempercayai Usana. Malah pertubuhan sukan terkemuka seperti Pengembaraan Persatuan Tenis Dunia milik Sony Ericson membenarkan atlit mereka mengambil penokok zat Usana.
"Di dalam dunia tenis professional wanita yang begitu mencabar, semua pemain mesti mengetahui apa yang mereka masukkan ke dalam badan mereka setiap masa. Oleh kerana Usana memberikan jaminan kualiti produk mereka, atlit kami percaya mereka mendapat melepasi ujian warna air dan pada masa yang sama menjadi atlit yang paling cergas dan sihat." - Larry Scott.
Usana juga adalah pembekal rasmi kepada pasukan speed skating Amerika dan Kanada, pasukan rentas desa Kanada dan ramai lagi atlit olimpik dan professional seperti juara tinju dunia tiga kali Hose Antonio Alguero Rivera, juara Olimpik Kanada gaya bebas Mogul skier Jennifer Hyle, Jennifer Azzi, pemenang pingat emas dalam WMBA Allstar, dan Derek Parra, pemenang pingat emas dan perak sukan Olimpik.
“Sebagai seorang atlit, saya seorang yang bodoh sekiranya memasukkan sesuatu ke dalam badan bahan yang saya tidak percaya. Dan berada di arena Olimpik di mana semuanya berlaku di mana saya memecahkan rekod dunia dan memenangi pingat emas dan saya benar-benar yakin bahawa Usana adalah kunci kepada prestasi saya.” – Derek Parra, Juara sukan Olimpik.
Pakar perubatan dari seluruh dunia sudah mula melihat kepentingan zat pemakanan optimum dan kaitannya dengan pencegahan penyakit kemerosotan sel.
“Saya mula sedar tentang Usana apabila usana memperkenalkan produk Usanimal boleh dikunyah untuk kanak-kanak, dan Body Rox untuk remaja. Dan sebagai pakar kanak-kanak, ianya amat penting bagi saya untuk menawarkan sesuatu yang ada kualiti kepada pesakit saya. Apa yang saya jumpa ialah Usana benar-benar telah menaikkan taraf baru dalam industri penokok zat makanan. Dan kemujaraban yang dijamin ialah sesuatu yang paling penting buat saya sebagai pakar kanak-kanak, supaya saya dapat tawarkan kepada pesakit saya.” - Dr. Christine Wood. Pakar kanak-kanak.
“Saya telah terlibat di dalam praktis Doktor Keluarga swasta selama lebih dari 30 tahun. Dalam 12 tahun kebelakangan ini, saya telah memfokuskan praktis saya kepada perubatan pencegahan dan pemakanan berzat. Di dalam kajian saya, untuk buku dan ceramah saya, dan sebagai pakar perubatan, saya tidak akan mencadangkan apa-apa melainkan Usana kepada pesakit saya." – Dr. Ray Strand.
Usana benar-benar mengeluarkan zat-zat pemakanan yang anda boleh percaya, yang anda percaya berkesan, selamat dan yang paling bermutu tinggi. Dr. Myron Wentz mempunyai visi menghasilkan produk yang benar-benar berpegang pada piawaian tinggi untuk pengeluaran yang efisyen, selamat dan berkualiti. Piawaian inilah yang digunakan sebagai batu asas dalam setiap keputusan di belakang produk dan kualitinya.
Usana dirangsang berterusan dan secara konsisten untuk mencapai piawaian kelas dunia dengan komitmen tidak akan berkompromi supaya mereka yang mengambil produk Usana juga tidak akan berkompromi dengan kesihatan mereka. Di sebalik setiap produk Usana, anda tahu bahawa anda akan bertemu dengan penyelidikan zat pemakanan terkini, bahan mentah berkualiti tinggi, proses pengeluaran bermutu tinggi, dan kepercayaan atlit-atlit serta pakar-pakar perubatan. Bila anda melihat sel potensi Dr. Myron Wentz, anda mendapat komitmen berpanjangan Usana, kualiti dan bukti kecemerlangan di dalam zat pemakanan yang anda percaya.
“Kesihatan saya sekarang, lebih baik dari 10, malah 20 tahun yang lalu. Ini semua adalah disebabkan oleh Usana.” - Vincent Chan
“Saya rasa bagus dengan produk. Saya ambil produk hari-hari. Saya dah ambil selama 3 tahun yang lalu. Saya rasa teramat seronok dan gembira. Maksud saya,saya rasa terlalu seronok. Produk ini amat menakjubkan. Saya ambil, keluarga saya ambil. Kita semua ambil.” - Tim Lewis.
“Saya amat menghargai dan berterima kasih kepada tuhan kerana saya mendapat kesihatan saya semula. Wang tanpa kesihatan tak bermakna apa-apa. Saya ada beritahu seseorang, jika kita hilang kesihatan, kita akan hilang kedua-duanya kekasih dan wang. Jadi saya mahu jadi sihat.” - Tim Lewis.
“Saya rasa ada banyak tenaga. Saya tak rasa keletihan sepanjang hari. Kulit saya, fikiran saya, pada usia 40 saya rasa macam 10 tahun yang lalu.” - Eduardo Gomez.
“Kami tidak mengalami masalah kesihatan semasa memulakan perniagaan dengan syarikat ini. Tetapi kami mula melihat kesan yang positif di kalangan ahli keluarga dan sahabat handai. Kesan positif ini menguatkan lagi keyakinan kami menyertai syarikat Usana. Bila kami lihat kesan positif ini, kami selalu mengkaguminya dan selalu berkata wow! benda ni memang benar-benar berkesan.” - Shanna Ryan
“Bagi kami, seronok mengetahui kami mendapat zat makanan yang paling bagus kerana kami mahu hidup dengan lebih lama lagi untuk bersama cucu pada perlawanan bolasepak atau American football mereka, dan menikmati kualiti hidup. Bukan sahaja saya mahu hidup lama. Tetapi juga saya mahu boleh bergerak sana sini dan menjadi aktif.” - Mat Ryan
“Buktinya ada di sana. Bila saya mula-mula membina perniagaan Usana, saya perlu meyakinkan pelanggan yang mereka perlu mengambil penokok zat. 12 tahun yang lalu pelanggan mahu diyakinkan. Sekarang semua bukti ada di dalam tulisan-tulisan perubatan. Ia tidak boleh dinafikan lagi. Sekarang saya hanya perlu berkata kerana kita tahu bahawa kita mesti mengambil penokok zat, kita mesti ambil yang terbagus. Kenapa kita hendak memasukkan penokok zat yang tidak bagus ke dalam badan kita.” – Corlette Larsen.
“Jadikan zat makanan, latihan jasmani dan pemakanan yang sihat keutamaan di dalam hidup kita. Ambil Produk Usana setiap hari. Tidak ada cara zat pemakanan lain yang lebih baik untuk memelihara sel-sel di dalam badan kita. Ianya telah menjadi visi dan misi syarikat Usana Health Sciences lebih dari satu dekat untuk menghapuskan kesakitan dan penderitaan dunia melalui zat pemakanan yang betul. Saya menjemput anda menyertai beribu-ribu yang lain untuk mengubah kesihatan mereka dengan Usana. Tidak ada masa yang lebih baik selain sekarang dalam memilih kesihatan. Lakukan untuk diri anda dan mereka yang anda sayang. Semoga anda hidup dengan sempurna dalam kegembiraan dan kesihatan yang baik.” - Dr. Myron Wentz.
Anda sekarang mengetahui risikonya. Adakah anda akan hidup dengan pilihan atau berserah pada takdir. Anda tahu betapa pentingnya kesihatan yang optimal di kalangan mereka yang dekat dengan anda. Jadi apakah yang akan anda buat. Adakah kesihatan baik pilihan anda.
Anda sekarang mengetahui sedikit pelaburan pada kesihatan anda sekarang mampu membawa faedah besar di hari depan dengan meletakkan kepercayaan anda kepada Usana.
Dari berjudi dengan kesihatan anda, bermain dengan nasib dan berharap untuk menjadi orang yang beruntung, adalah lebih baik anda memutuskan sekarang untuk mengorak langkah ke arah masa depan yang lebih sihat. Masanya telah tiba untuk anda menilai samada diri anda berharga. Adakah anda dan orang yang disayangi berharga? Hubungi pengedar Usana yang memberikan anda demonstrasi ini. Mereka telah memilih untuk sihat dan anda boleh memulakannya sekarang dengan menerima sistem zat pemakanan yang TERBAIK DI DUNIA. Mulakan menikmati keuntungan dari kesihatan yang sebenarnya.
Yesterday all servers in the U.S. went out on strike in a bid to get more RAM and better CPUs. A spokes person said that the need for better RAM was due to some fool increasing the front-side bus speed. In future, buses will be told to slow down in residential motherboards.