Translate

Shoutbox

Login Form



Statistic

widgeo.net
Kejayaan Sebenar PDF Print E-mail
Written by bey   
Tuesday, 12 August 2008 09:26

 


“Apabila saya melihat Dr. Myron Wentz dan apa yang diperjuangkan, saya merasa amat kagum kerana saya telah melihat banyak syarikat yang ditubuhkan kerana perniagaan dan bukan kerana produk.” – Duke Tubtim.

 

JavaScript is disabled!
To display this content, you need a JavaScript capable browser.


Visi Usana Health Sciences ialah untuk memperbaiki mutu.


"Rasanya macam mimpi. Bila kami bangun di waktu pagi, kami sering bertanya. Adakah semua kebahagiaan ini benar-benar berlaku."

"Kami rasa diberkati dan beruntung. Kami menghargai Usana kerana ia membantu kami untuk hidup seperti mana yang kami impikan."

JavaScript is disabled!
To display this content, you need a JavaScript capable browser.


Terjemahan Video

"Saya tak pernah bermimpi bila kami terlibat dalam Usana, ianya akan membawa kami ke tahap ini."

"Usana telah membuka fikiran saya dan meluaskan matlamat saya. "

"Usana telah merubah semua aspek kehidupan kami. Ianya merupakan keputusan terbaik yang pernah kami buat."

 

Melangakau segala jangkaan

 

Usana memanjat dari anak tangga 9 kepada 3 di dalam senarai tahunan majalah Business Week sebagai 100 syarikat paling pesat berkembang.

 


Usana tersenarai di dalam majalah Forbes sebagai 200 syarikat kecil terbaik selama 3 tahun berturut-turut.

Pengedar-pengedar Usana mencipta rekod baru di dalam perkembangan perniagaan mereka.

Buku bertajuk Panduan Perbandingan Penokok-Penokok Zat edisi ke 3 telah sekali lagi menamakan produk Usana Essentials sebagai penokok zat nombor satu di Amerika Utara.


 

Mendapat liputan penuh dalam majalah Berjaya Dari Rumah.

Mencipta sejarah. Produk Usana dipilih sebagai produk terbaik negeri Utah, Amerika Syarikat untuk kali ke 3.


Mengorak langkah ke hadapan


Dr. Wentz mendapat anugerah tahunan Ernst dan Young sebagai usahawan Utah.

President Usana, Dave Wentz dipilih memegang jawatan di dalam Persatuan Jualan Terus.

Usana menaja atlit terkemuka termasuk pasukan dari persatuan Tenis Wanita dan pasukan Sukan Lumba Luncur Olimpik Musim Sejuk Amerika Syarikat dan Kanada.

Sekiranya anda bersedia untuk berasa hebat dan kelihatan hebat. Maka anda berada di dalam landasan yang betul.

Hari ini mimpi anda menjadi milik anda. Ianya baru permulaan.

 

JavaScript is disabled!
To display this content, you need a JavaScript capable browser.


Terjemahan Video

“Kehidupan farmasi saya, saya selalu bekerja dari 6 pagi sehingga tengah malam...”

“Saya rasa sedikit murung disebabkan dua cabaran. Cabaran secara fizikal dan kewangan...”

“Saya berusia 23 tahun apabila syarikat saya bekerja ditutup...”

“Saya seorang ibu tunggal dengan 5 orang anak...”

“Saya terlibat dengan satu syarikat jualan langsung yang lain...”

“Saya seorang jurutera kapal terbang...”

 

Di dalam masa beberapa minit, kami akan memperkenalkan anda kepada satu peluang. Peluang yang mungkin sebahagian dari anda tidak pernah pertimbangkannya sebelum ini, tetapi ia merupakan satu peluang yang mungkin mendatangkan kesan yang besar terhadap kesihatan anda, keluarga anda dan masa depan anda. Peluang yang sukar dipercayai ini dikenali sebagai Perbezaan Usana – kerana perbezaan yang dicetuskan oleh usana terhadap manusia di seluruh dunia – kerana perbezaan yang nyata di antara produk-produk lain di pasaran – kerana banyak faktor-faktor lain yang membezakan syarikat Usana dan syarikat-syarikat lain. Lihat sendiri bagaimana Perbezaan Usana telah merubah kehidupan ramai orang seperti anda.


“10 tahun lalu kami jarang makan tengahari dan malam bersama dan saya ketinggalan dalam mengharungi kehidupan awal anak lelaki sulung saya. Saya bertanya kepada diri saya selepas 10 tahun, adakah saya akan lakukan perkara yang sama terhadap anak lelaki saya yang ke dua dan anak perempuan bongsu saya.” - Vincent Chan.

“Dua orang anak perempuan saya paling kecil dilahirkan dalam keadaan kesihatan yang serius dan adalah amat penting untuk saya menjaga mereka di rumah. Saya tidak tahu bagaimana saya boleh menyara keluarga pada masa itu. Saya mahu berhenti dari hidup dengan bergantung kepada kad kredit.” - Collette Larsen.


“Keadaan fizikal saya, cabaran untuk melangkahkan kaki, pinggang belakang sakit, kaki sakit. Saya ingat saya dah semakin tua. Tapi bila saya lihat diri dalam cermin, saya nampak terlalu muda untuk berasa seperti ini. Mesti ada sesuatu yang tak kena dengan kesihatan saya.” - Tim Lewis.

“Kebebasan kewangan. Itulah perkataan yang saya cari – Kebebasan kewangan.” - Eduardo Gomez.


“Anda tahu tak, saya fikir mungkin perkara yang menarik perhatian saya semasa mendaftar menjadi ahli ialah mereka tidak bertanya kepada saya. Mereka tidak bertanya tentang pengalaman saya - Saya tiada apa-apa pengalaman. Mereka tidak tanya jika saya ada wang. Bukan sahaja tiada wang malah saya mempunyai hutang beratus ribu nilainya. Mereka juga tidak bertanya saya tentang kelulusan. Saya cuma lepasan sekolah menengah sahaja.” - Collette Larsen.


“Sebelum ini, saya benar-benar mengalami pengalaman pahit dengan sebuah syarikat. Tetapi bila saya bertemu Usana, saya berasa di dalam hati bahawa syarikat ini memang berbeza.” - Eduardo Gomez.


“Apa yang saya pelajari ialah belajar dan dapatkan pekerjaan yang baik. Tetapi apa yang saya tidak tahu adalah sesuatu yang lain. Dan melalui Usana saya mengetahui bahawa saya boleh mempunyai perniagaan sendiri dan bekerja untuk diri sendiri.” - Jacques Fiset.


“Setelah menyertai Usana saya dapati produk Usana cukup menakjubkan. Lepas tu saya mendapat lebih maklumat tentang pengasasnya. Komitmen dan dedikasi yang ada padanya benar-benar memikat hati saya terutama apabila mengetahui ada orang yang begitu fokus dalam memperbaiki kualiti hidup manusia lain. “ - Tim Lewis.


Pengasas Usana merangkap pengerusinya Dr. Myron Wentz ialah seorang penyelidik terkenal dan pencipta dalam teknologi kesihatan sel. Dr. Wentz mencipta satu kit ujian Epstein bar in mononuclear yang digunakan secara meluas di hospital seluruh dunia.

"Apa yang penting tentang penemuan di dalam penternakan sel manusia di dalam makmal ialah jika kita memelihara sel manusia dengan semua zat pemakanan penting dalam bentuk yang sesuai dan lengkap, sel tersebut iaitu sel yang serupa dengan sel di dalam badan kita, akan hidup sihat tanpa rosak untuk selama beberapa dekad.” – Dr Myron Wentz.


Selepas melihat ibubapanya dan orang disayangi mati akibat sakit jantung, barah dan penyakit kemerosotan sel yang lain, Dr. Myron tahu beliau perlu menukar fokus daripada mengesan penyakit kepada memantapkan kesihatan dengan membekalkan zat pemakanan kepada sel.

“Manusia sekarang hidup begitu singkat dan mati terlalu cepat akibat penyakit kemerosotan sel. Zat pemakanan yang lengkap adalah cara terbaik untuk memastikan kita hidup dengan kesihatan yang terbaik mungkin. Apabila para saintis Usana menganalisa produk-produk zat pemakanan terkemuka, kami menyedari mereka tidak mampu memelihara sel manusia di dalam makmal dengan sihat, bagaimana pula mereka mampu menyihatkan diri saya. Saya tahu saya perlu mencipta produk zat pemakanan yang menawarkan spektrum lengkap zat pemakanan penting, perlindungan antioksida untuk mencapai kesihatan sel yang optima. Ketika itulah buah fikiran penubuhan Usana mula berputik.” – Dr Myron Wentz.


Pada tahun 1992, Dr. Wentz menubuhkan Usana dan syarikat itu berkembang dengan cepat menjadi peneraju dalam industri kesihatan. Hari ini, Usana mengekalkan komitmennya kepada penyelidikan berterusan dan pengeluaran zat pemakanan yang tercanggih disamping produk penjagaan diri dan makanan rendah glycemic Indeks. Usana membezakan dirinya di dalam industri ini dengan prasarana pengilangan yang terkini, dan dengan merelakan diri menepati piawaian pengilangan tahap farmasi – iaitu piawaian yang lebih tinggi dan sukar ditepati berbanding piawaian untuk penokok zat pemakanan.

 

Usana juga memberi jaminan kemujaraban produk-produknya. Jadi anda boleh berasa yakin bahawa apa yang anda baca pada label, juga terdapat di dalam produk itu. Buku Panduan Perbandingan Penokok zat yang membandingkan dan menilai beratus-ratus penokok zat di pasaran Amerika dan Kanada menggunakan 14 kaedah saintifik memberikan penarafan tertinggi kepada produk utama Usana iaitu Essentials. Dalam hal kualiti dan kemujaraban, pakar-pakar bersetuju bahawa perbezaan antara Usana dan produk-produk lain adalah jelas dan ketara.

"Saya telah mengesyorkan pengambilan penokok zat kepada pesakit-pesakit saya bertahun-tahun lamanya. Saya percaya, disebabkan oleh pencemaran alam sekitar, tekanan dari gaya hidup yang mencabar, ramai di kalangan kita tidak mendapat zat yang secukupnya dari diet mereka. Saya telah melihat banyak produk penokok zat secara peribadi, dan saya percaya penokok zat Usana sememangnya adalah yang terbaik. Itulah sebabnya saya mengesyorkan Usana kepada pesakit-pesakit saya saya." - Ray D. Strand, M.D, Doktor keluarga, penulis.


"Saya telah melibatkan diri di bidang kesihatan kanak-kanak lebih dari 20 tahun dan saya telah melihat secara jelas kesan-kesan buruk dari kekurangan zat makanan dan gaya hidup tidak sihat terhadap kanak-kanak. Dan beberapa tahun kebelakangan ini, saya dengan jelas telah melihat dengan menggunakan produk usana, kesan yang amat positif terhadap kesihatan saya, keluarga saya, rakan-rakan saya dan pesakit saya." - Christine Wood,M.D. Pakar kanak-kanak, penulis.


"Kekuatan di sebalik setiap produk Usana ialah komitmen kepada membekalkan pelanggan kami dengan produk berasaskan sains yang berkualiti paling tinggi yang mungkin. Ini adalah misi kami. Untuk mencapai matlamat ini, kami berbelanja berjuta dollar setiap tahun dalam penyelidikan dan pembangunan. Kami berasa terlalu ghairah dalam membekalkan pelanggan kami dengan produk-produk yang berkualiti farmasi, selamat, mudah diserap badan. Matlamatnya produk yang benar-benar berkesan. Dan komitmen ini pada pandangan saya adalah bersandarkan kepada teras perbezaan Usana." - Dr. Tim Wood.


Last Updated on Wednesday, 30 December 2009 03:36
 

Who's Online

We have 2 guests online

Related Info

Joomla! 1.5 - 'Experience the Freedom'!. It has never been easier to create your own dynamic Web site. Manage all your content from the best CMS admin interface and in virtually any language you speak.