Soalannya begitu umum, adakah anda ingin tahu dari segi bahasa kamus atau dari segi huraian maksud..?, ramai yang mengajukan soalan begini.. Biarlah saya cuba menjawabnya..USANA adalah nama kepada sebuah syarikat USANA Health Sciences yang mengeluarkan produk pemakanan kesihatan (Nutritional product). Di tubuhkan pada 1992 di USA, menjalankan pemasaran produknya secara "network marketing" , kini.. USANA telah membuka cawangannya yang ke 14 di Malaysia yang telah dilancarkan pada 17 March 2007. Berpejabat di Menara Axis Petaling Jaya. USANA juga telah mendapat Lesen AJL - Akta Jualan Langsung (bernombor AJL 931657) untuk menjalankan perniagaan jualan langsung di Malaysia.
Soalan 2: Apakah Hubungan USANA dengan usana2u.com.my ?
Oh... ianya tiada hubungan secara rasmi. usana2u.com.my adalah satu nama domain laman web yang dibangunkan oleh kumpulan kami. Sebagai pemimpin yang bertanggungjawab bagi memudahkan ahli-ahli atau distributor USANA Health Sciences di bawah kumpulan kami untuk tujuan memberi services yang lebih berkesan dari segi "online". Usana2u.com.my adalah bukan laman web rasmi USANA Health Sciences. Anda boleh lihat laman web rasmi USANA Health Sciences di url http://www.usana.com.
Soalan 3: Adakah USANA sama seperti program-program pelaburan di internet yang sedang begitu popular sekarang...?
Oh TIDAK sama sekali, USANA ialah sebuah syarikat yang di perbadankan mengikut akta syarikat yang di peruntukkan bagi sesebuah negara, di Malaysia USANA di daftarkan atas nama UHS Essential Health (Malaysia) Sdn. Bhd, beralamat di UNIT M.01 & M.02, Mezzanine Level, Menara Axis, No.2, Jalan 51A/223, 46100 Petaling Jaya, Selangor. Usana adalah menjalankan perniagaan berkonsepkan 'Network marketing busisess', keuntungan adalah hasil dari penjualan produk-produk berkualiti di USANA. Ianya dibahagi mengikut kaedah pembahagian yang telah ditetapkan untuk syarikat dan pengedar. Sebahagian komisen yang bakal diperolihi oleh pengedar adalah hasil dari keuntungan dari cawangan dari seluruh dunia atau "Global Commission"
Soalan 4: Adakah Produk-produk pemakanan USANA di tanggung HALAL dan disahkan oleh pihak JAKIM..?
Ya.. Produk-produk pemakanannya di tanggung HALAL insyaAllah. Sebenarnya bukan tugas pihak Jakim untuk pergi berjumpa mana-mana syarikat untuk mengesahkan HALAL keatas produk mereka, bahkan sesuatu syarikat yang ingin mendapatkan pengesahan tanda HALAL oleh Jakim akan membuat permohonan melalui Jakim. Produk USANA telah mendapat pengesahan HALAL dari IFANCA - Islamic Food and Nutrition Council of America. Ia adalah pertubuhan bukan berorentasikan keuntungan tapi berorentasikan perkhidmatan. IFANCA adalah pertubuhan yang tersohor di Amerika dan di kalangan negara-negara Islam, negara-negara yang mengiktirafkan IFANCA adalah termasuk Kerajaan Malaysia, Singapura, Indonesia, Filifina, Thailand serta Saudi Arabia. Rujuk maklumat lanjut di IFANCA.
Soalan 5: Adakah USANA ini direct seling ?
USANA ialah sebuah syarikat pengeluar Makanan Kesihatan yang berdaftar di atas nama USANA Health Sceinces, menjalankan sistem pemasaran produk secara Network Marketing dibawah kategori Jualan Langsung (Direct Selling). USANA mendapat Lesen AJL dan berdaftar dengan kerajaan Malaysia dibawah "Akta Jualan Langsung" AJL no :931657.
Ya.. boleh tetapi anda mesti mendaftar dengan syarikat sebagai "prefered customer" melalui seorang distributor USANA. Setelah mendapat kelulusan, anda berhak membeli produk USANA dan mendapat diskaun 10%. Tiada bataran yang dikenakan untuk mendaftar sebagai "prefered customer", hanya perlu seorang introducer dari kalangan distributor USANA.
Anda perlu mendaftar menjadi ahli, jika anda mahu menjadi pengedar serta menjalankan perniagaan bersama USANA serta mendapat faefah-faedah yang dijanjikan dalam "marketing plan".

Soalan 9: Adakah saya perlu menjual barang atau berjumpa orang untuk membuat penajaan jika ingin menjalankan pernigaan USANA? Jika TIDAK PERLU, bagaimana saya boleh Berjaya dan mendapat pendapatan?
Jika anda ingin menjalankan perniagaan USANA, ada 2 perkara yang anda harus setuju disini,
Pertama: Tiada perniagaan tanpa menjalankan aktiviti "menjual" - menjual disini memberi pengertian yang meluas, ianya merangkumi penjualan secara langsung atau tidak langsung, samada menjual produk atau memberi servis, pokoknya, kita mesti memberi atau menyediakan sesuatu kepada pelanggan dan pelanggan akan membayar sejumlah harga"
Kedua : Perniagaan jenis ini adalah sejenis perniagaan yang berkonsepkan jaringan atau networking - Jaringan atau networking inilah merupakan rakan kongsi atau business partner kita, mereka juga merupakan customer kita selama-lamanya
Kosep perniagaan sebegini mempu membina rangkaian - melalui penajaan atau sponsoring DAN menggalakkan kesemua ahli menggunakan produk secara 100%. Penggunaan produk adalah bukan satu beban atau satu benda baru. Saya percaya setiap orang memang sudah mengguna produk semenjak mereka kecil lagi. Apa yang perlu kita lakukan ialah mengajak seluruh rangkaian kita beralih jenama produk dari jenama X kepada jenama USANA.
Jadi, bagaimana ia boleh menjana sales dan mendapat keuntungan jika tidak menjual ? Inilah keajaiban "network marketing", cuba lihat Rajah dibawah:

Jika anda berjaya menduplikasi secara 100 %, maka, cuba lihat pada Generasi ke 3 anda, berapa ramaikah jumlah keahlian anda.

Berapa pula pendapatan/komisen/bonus yang bakal anda perolihi setiap bulan dengan membuat andaian berdasarkan 100 poin dan 200 poin penggunaan produk oleh setiap ahli dalam masa 1 bulan.

Contoh ini adalah dikira hanya sehingga pada generasi ke 3 sahaja, bermakna anda telah pun mempunyai seramai 21 orang ahli pada setiap KAKI 1, KAKI 3, KAKI 4 dan KAKI 2 masing-masing. Jika penggunaan produk ialah 100 poin sahaja, maka jualan yang terjana ialah sebanyak 2100 poin x 4 = 8400 poin. Pendapatan minima anda ialah BC1 = $800 + BC2 = $ 400 + BC3 = $400 Jumlah = 1600 USD RM 5,760.00 Jika pengunaa produk ialah 200 poin, maka jualan yang terjana ialah sebanyak 4200 poin x 4 = 16800 poin. Pendapatan minima anda ialah BC1 = $1000 + BC2 = $ 800 + BC3 = $800 Jumlah = 2600 USD
Jadi anda sudah faham bahawa, Tanpa membuat jualan secara langsung tetapi melalui penggunaan produk oleh ahli dalam rangkaian yang anda bina, maka jualan boleh terjana, cuba anda bayangkan, jika anda telah menjalankan duplikasi kepada rangkaian ini sudah setahun lamanya, berapa ramaikah ahli dalam kumpulan anda...??? Ajaib... ianya mencecah puluhan ribu ahli.. ingat.. bukan anda keseorangan melakukannya, setiap ahli dalam rangkaian anda akan menduplikasi cara anda. dan setiap point yang diperolehi dalam USANA adalah 100%. pelik kan? tapi itulah hakikatnya... kerana sistem pembahagian point dalam USANA adalah yang termewah dan teradil.
Saya faham setakat ini, ianya sangat menarik minat saya.. tapi ada satu persoalan lagi... bermakna Adakah saya harus keluar berjumpa dengan setiap orang untuk mengajak menjadi ahli di bawah saya...? Ini yang paling tidak saya sukai... saya tidak pandai bercakap dan memang tidak ada masa untuk melakukannya...
baca jawapan pada soalan 10 di bawah
Soalan 10: Adakah setiap ahli kena menaja dan mencari ahli baru.
Seperti yang telah saya terangkan, konsep perniagaan Network Marketing adalah dengan cara membina rangkaian dan menggalakkan penggunaan produk secara 100% kepada setiap ahli. Jadi Penajaan adalah faktor yang wajib dalam mana-mana perniagaan. Cuma di usana2u.com.my, saya cuba memudahkan sistem penajaan, iaitu dari sistem konventional kepada sistem internet. Jika anda "kekok" untuk keluar membuat penajaan, anda boleh membuat penajaan melalui sistem internet. Apa yang anda perlu buat adalah dengan hanya "mempromosi" kan lama web anda sahaja. Setiap ahli yang menyertai USANA bersama kami akan diberi laman web peribadi seperti ini (percuma jika mendaftar dengan 3BC) yang terdiri dari link url id anda sendiri. Sebagai contohnya ialah "http://usana4all.com/?ref=id_anda ".
Setiap prospek yang sign up akan menerima email follow up dari sistem usana4all, pihak saya bersama admin akan membuat temujanji jika perlu, sebarang kemusyikan akan di jawab dalam email, setakat ini sudah banyak prospek yang kita "closed" hanya melalui email danmereka sanggup membayar keahlian walaupun mereka tidak kenal secara peribadi dengan saya. Tetapi disebabkan mereka percaya pada sistem usana4all, walaupun laman web ini belum siap 100% tetapi sudah ada yang begitu tidak sabar untuk menyertainya dan mempromosinya. Tahniah kepada mereka itu. Jadi, bagi anda yang pemalu dan tak pandai bercakap, mereka hanya perlu membuat 1/10 sahaja iaitu dengan mempromosi lama web mereka sahaja. Latihan dan cara mempromosi berkesan akan diajar oleh webmaster kita di dalam member area nanti.
Soalan 11: Adakah saya perlu mengekal PV setiap bulan bagi memastikan ganjaran yang diperolihi berterusan?
Ya, ia adalah sama seperti mana-mana syarikat jualan langsung lain di Malaysia yang menjalankan konsep MLM. Pengekalan poin peribadi minimum sebanyak 100 poin setiap bulan untuk melayakkan anda mendapat faedah pada bulan tersebut, Jika perniagaan anda berkembang pesat dan mempunyai BC sehingga 100 BC, anda cuma perlu mengekalkan maksimum hanya 200 poin peribadi sahaja untuk melayakkan mendapat kesemua faedah dari kesemua BC yang anda ada. Pengekalan poin sebanyak 100 poin itu adalah cukup sekadar penggunaan produk pemakanan atau vitamin untuk ahli keluarga selama sebulan.
Soalan 12: Bagaimana untuk mendaftar sebagai ahli USANA ?
Ya... itu soalan paling bagus sekali yang saya tunggu-tunggu.
Ada 2 cara;
Jika anda sudah bersedia untuk mendaftar, maka anda mesti menghubungi penaja atau introducer anda, atau menghubungi admin atau webmaster melalui telefon yang tertera di laman web ini.
Cara 1 adalah mendaftar melalui online, anda boleh berbuat demikian sekiranya anda memiliki kad kredit serta mendapatkan "sponsor id" dan "placement id" dari penaja.
Cara 2 adalah secara offline dengan mengisi borang bersama penaja dan menghantarkannya ke ibu pejabat di Petaling Jaya. bagi yang tinggal diluar KL/Pj, ianya tidak menjadi masalah, Anda boleh memasukkan wang pebayaran kedalam akaun admin atau serta menghantar butir-butir tertentu kepada admin, kami akan mendaftarkan bagi pihak anda. Jika anda sudah bersedia, perkara penting yang perlu anda lakukan ialah dengan menghubungi introducer anda seperti di bawah:
Nama : Hasbullah Husin Phone : 019-938 7138 Email :
This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it
Nama : Saifullah Hussin Phone : 019-915 5330 Email :
This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it
Soalan 13: Bagaimana membuat pendaftaran untuk prospek dari luar negara?
Tahniah..! Ini satu soalan yang sangat baik dan berwawasan antarabangsa. Sekiranya terdapat prospek dari luar negara yang ingin menyertai USANA. Anda mesti mempastikan prospek dari luar negara itu adalah dari negara mana..?
Setakat ini USANA hanya membenarkan penajaan dibuat terhadap negara-negara yang telah mempunyai cawangan USANA seperti, USA, Canada, Caribbean, Mexico, New Zealand, Australia, Singapore, Hong Kong, Taiwan, Japan, Korea, Unted Kingdom, Netherland dan Malaysia.
Jika anda mendapat prospek dari negara-negara tersebut maka sudah pasti kita akan mendapat feedback melalui "lead collectors email" dari usana.com. Jika anda mempromosikan melalui laman web dari USANA seperti www.id_anda.usana.com. Kita mesti membuat follow up atau berhubung dengan mereka. Apabila mereka bersetuju untuk menyertai maka procedurenya adalah seperti biasa iaitu 2 cara, sama ada menggunakan kad kredit dari negara mereka atau mereka akan membuat pendaftaran secara offline dengan membuat pembayaran secara cash di "local usana office" di negara mereka.
Pastikan anda telah memberitahu "sponsor id" dan "placement id" anda. Mereka akan berminat untuk menyertai dengan upline dari negara luar kerana mereka akan mendapat down line atau rangkaian dari negara luar yang akan kita tajakan untuk mereka Soalan 14: Bagaimana Harus Saya Bermula ?
Well... seperti yang telah saya jawab di soalan 12.
Langkah pertama adalah hubungi kami atau penaja anda untuk menguruskan pendaftaran anda. setelah pendaftaran berjaya, langkah kedua dan seterusnya akan di ajar oleh webmaster kita di dalam "member area".
Good Luck..!!
Soalan 15: Jadi,.. berapa yang perlu saya bayar jika saya ingin menyertai dan menjadi "player" bersama usana2u.?
Well... Yuran Keahlian dan Starter Kit = RM99
Penyertaan untuk 1BC = RM850 + RM99 = RM900+
Penyertaan untuk 3BC = RM2350 + RM99 = RM2449
Saya mengesyorkan and dengan penyertaan 3BC
Anda akan diberi 1 starter kit Produk-produk USANA berjumlah 150 poin untuk 1BC dan 500 poin untuk 3BC.
Perbezaannya adalah, dengan menggunakan masa, tenaga dan jumlah usaha yang sama, tetapi anda akan mendapat hasil 3 kali ganda melalui 3BC berbanding 1BC.

|